Masalah Penglihatan Kanak-Kanak

Jenis-Jenis Kesalahan Refractif Kanak- Kanak

Kesalahan pembiasan adalah apabila mata tidak membengkokkan pembiasan cahaya dengan betul dan menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Hyperopia (Rabun jauh) - objek yang jauh kelihatan agak jelas, tetapi objek yang rapat kelihatan lebih kabur

Myopia (Rabun dekat) - objek dekat kelihatan jelas tetapi objek yang jauh kelihatan kabur.

Astigmatisme ( Silau) - Objek dekat dan jauh kelihatan kabur.

Rawatan Kesalahan Refraktif Kanak-kanak

  • Cermin mata
  • Ortho-K

Apa itu Amblyopia (Mata Malas)?

Amblyopia biasanya dikenali sebagai mata malas. Ia berlaku apabila satu mata melihat normal dan mata yang lain melihat kabur. Namun, otak hanya memproses pandangan yang normal dan mengabaikan pandangan kabur.

Punca Amblyopia

  • Refractive Error tinggi yang tidak diperbetulkan (rabun dekat, rabun jauh, astigmatisme)
  • Perbezaan ketara dalam ketajaman penglihatan antara mata kiri dan kanan
  • Mata yang kelihatan juling

Rawatan Amblyopia

Amblyopia baik untuk dirawat seawal mungkin, antara 4 hingga 6 tahun, sementara jalur penglihatan di otak masih berkembang. Pemeriksaan mata secara menyeluruh dengan pakar oftalmologi akan membantu pengesanan awal dan memastikan rawatan akan berjaya.

  • Patch mata - Menutup mata yang baik dan memaksa mata yang lemah untuk mengembangkan penglihatan yang lebih jelas.
  • Memakai cermin mata, untuk membetulkan penglihatan mata yang tidak focus

Apa itu Squints (Strabismus)?

Squint, yang biasanya dikenali sebagai "mata juling" terjadi apabila kedua-dua mata tidak lurus. Mata tidak bergerak bersama dan kadang-kadang kelihatan bersilang. Kedudukan mata yang tidak selari/sejajar. Sebelah mata lain akan kelihatan berubah, naik atau turun mengikut dari mana sahaja mata pertama difokuskan. Kanak-kanak yang juling juga mungkin mengalami kehilangan persepsi mendalam, penglihatan berganda atau kehilangan penglihatan.

Punca Squints

  • Keturunan keluarga
  • Keabnormalan otot

Rawatan Squints

  • Patch mata - Menutup mata yang baik dan memaksa mata yang lemah untuk mengembangkan penglihatan yang lebih jelas.
  • Memakai cermin mata, untuk membetulkan penglihatan mata yang tidak focus

Hubungi kami Sekarang

Sama ada pemeriksaan mata, rawatan atau menjalani pembedahan, pasukan pakar mata kami bersedia membantu anda.