Pembedahan Glaukoma Invasif Minimum (MIGS)

Apa itu MIGS?

Ia berfungsi sebagai pilihan rawatan dalam tambahan kepada titisan mata glaukoma, terapi laser atau pembedahan glaukoma yang tradisional. Dalam MIGS – sebuah alat kecil dimasukkan ke dalam mata melalui sedikit potongan kecil untuk meningkatkan saliran bendalir dari mata. Jenis-jenis alat MIGS yang boleh didapati ialah: iStent Inject dan Xen Gel Stent.

Kebaikan

  • Masa pembedahan yang singkat
  • Prosedur yang selamat
  • Mengurangkan ketidakselesaan pada mata
  • Mengurangkan bebanan/jumlah ubat titik glaukoma
  • Selepas MIGS, pembedahan glaukoma standard masih dapat dilakukan pada masa akan datang jika perlu.
  • MIGS boleh dilakukan sebagai prosedur berasingani atau bersama dengan pembedahan katarak.

Siapakah yang sesuai?

  • Glaukoma pada tahap awal hingga sederhana
  • Tidak tolenrasi ubat titik glaukoma
  • Kesukaran untuk mematuhi jadual ubat titisan mata
  • Pesakit yang tidak mahu menjalani pembedahan
  • Pesakit yang tidak sesuai untuk pembedahan glaukoma standard (berisiko tinggi)

Maklumat lain yang berkaitan:

  • Rawatan dapat dilakukan secara rawatan harian dibawah bius “anaesthesia” dan pesakit dibenarkan pulang selepas rawatan.
  • Penglihatan menjadi sedikit kabur dalam tempoh 1 hingga 2 minggu.
  • Pesakit boleh menaiki pesawat selepas prosedur
  • Sama seperti pembedahan mata yang lain, pesakit perlu mengikut temu janji yang ditetapkan selepas pembedahan bagi pemantauan yang lebih baik.

MIGS_The iStent Inject

  • Made of titanium, 1/3mm in length & diameter
  • It is one of the smallest medical devices to be implanted in humans
Sources: www.glaukos.com

MIGS_The XenGet Stent

  • Gel stent is 6mm in length
  • When hydrated, it becomes very soft, compressible and tissue conforming
Sources: www.xengelstent.com/XENGelStent

Hubungi kami Sekarang

Sama ada pemeriksaan mata, rawatan atau menjalani pembedahan, pasukan pakar mata kami bersedia membantu anda.