Mata Kering

Apa itu Mata Kering?

Mata kering adalah keadaan biasa apabila mata seseorang tidak mengeluarkan air mata yang mencukupi (kekurangan air) atau air mata yang tidak berkualiti (kekurangan lipid) untuk melincirkan dan melembapkan mata. Biasanya dialami oleh pemakai kanta lekap, individu yang bekerja di persekitaran berhawa dingin, dan mereka yang merupakan pengguna komputer.

Punca Mata Kering

  • Pengeluaran air mata yang berkualiti tidak mencukupi
  • Air mata yang dihasilkan kering dengan cepat
  • Keadaan kering, berhabuk & berangin
  • Terdedah kepada skrin computer dan peranti mudah alih
  • Penuaan

Tanda & Gejala Mata Kering

  • Rasa panas atau pedih mata
  • Sakit dan kemerahan pada mata
  • Rasa gatal pada mata
  • Perasaan berpasir didalam mata
  • Penglihatan menjadi kabur sementara
  • Ketidakselesaan semasa memakai kanta lekap

Rawatan Mata Kering

  • Gunakan ubat titisan mata
  • Penggunaan “punctum plugs”
  • Ubah tabiat kerja
  • Rawatan blephex

Hubungi kami Sekarang

Sama ada pemeriksaan mata, rawatan atau menjalani pembedahan, pasukan pakar mata kami bersedia membantu anda.