General information of all the branches

Sehingga ke hari ini , kami telah menubuhkan 8 cawangan Pusat Pakar Mata di sekitar negara. Lokasi cawangan kami meliputi kawasan tengah , utara dan selatan Malaysia. Jadual di bawah adalah senarai lokasi kami bagi setiap cawangan . Kami juga mempunyai kumpulan pelancong kesihatan yg konsisten, terutamanya dari Indonesia.

Pada tahun 2010, kami bermula dengan pembukaan Pusat Pakar Mata Topvision yang pertama di Banting, Selangor. Pada tahun berikutnya, Ibu Pejabat Topvision ditubuhkan berlokasi di Setia Alam, Selangor. Pelancaran secara rasmi dilakukan oleh Menteri Kesihatan Malaysia 2011, Y.B Dato' Sri Liow Tiong Lai. Sejak itu, kami telah melebarkan sayap ke Kuala Selangor, Batu Pahat, Kulai, Johor Bahru, Seremban dan Taiping. Kesemua cawangan Pusat Pakar Mata kami diluluskan dan dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pusat Jagaan Ambulatori. Ini bermakna, kesemua prosedur dan rawatan dilakukan secara penjagaan harian. Kami juga menyediakan rawatan untuk Katarak, Diabetik Retinopati, Pembedahan Retina, Glaukoma, Mata Degenerasi Makula, Pterygium, Penjagaan Mata Kanak Kanak dan Pemeriksaan Am. Ini bermakna, semua prosedur dan rawatan kami dilakukan secara penjagaan harian.